Dunia Islam telah melahirkan
ramai ahli falsafah yang hebat dengan karya-karya mereka yang luar biasa,
tetapi mereka dianggap hilang dalam kelompok masyarakat Islam pada masa kini,
maka tidak hairanlah jika mereka lebih mengenali tokoh falsafah Barat dan
Yunani berbanding dengan tokoh falsafah Islam.
Beberapa tokoh falsafah Islam seperti Al-Kindi, Al-Farabi, Ibnu Sina dan Ibnu
Tufail. Masing-masing mempunyai kelebihan dari sudut pemikiran mahupun
karya-karya yang telah ditulis. Ini termasuklah Ibnu Tufail yang terkenal
dengan karyanya, Hayy Ibnu Yaqzan. Beliau dikenali sebagai ahli matematik, ahli
politik dan penyair. Beliau menjadi doktor peribadi pemerintah Al-Muwahiddin.
Beliau juga melibatkan diri dalam bidang penulisan, pengadilan.
Ibnu Tufail memberi gambaran tentang sebuah simpul sosial yang mengubah urusan
situasi fikiran dari ketiadaan pancaindera menuju kepada pengasingan budaya.
Tujuan utama beliau untuk menunjukkan apa yang boleh ditemui oleh intelek
manusia tanpa adanya bantuan di luar dirinya yang bersifat ketuhanan yang
menanamkan (pengetahuan) penerimaan idea-idea dan aktif dalam membuat pencarian
seperti yang ditegaskan Al-Ghazali terhadap dirinya dan apa yang telah
dilakukan oleh Aristotle ketika mengawal bukunya, Methaphysics,
dengan kata-kata, “seluruh manusia secara naluri ingin mencari tahu”.
Hal ini telah terbukti dan sesuai dengan intisari yang terdapat dalam karyanya,
Hayy Ibnu Yaqzan yang dipenuhi dengan pemikiran-pemikiran Ibnu Tufail. Itu
adalah ringkasan cerita Ibnu Tufail sebagai pengenalan dan keseluruhannya akan diceritakan.
2.1 Seri Biografi Tokoh Islam: Ibnu Tufail
Jika kita berbicara tentang
seorang cendekiawan yang satu ini, memang cukup unik dan mengagumkan.
Sebenarnya, dialah yang patut dikatakan sebagai failasuf Muslim yang gemar mencurah pemikiran dalam
kisah-kisah ajaib, penulis novel, teologi, ahli fizik, ahli matematik, mentari
dan doktor diraja dan juga ahli politik yang handal. Ia lahirkan di Guadix
dalam bahasa Arab ialah “Wadi Asy”
Granada, Spanyol pada tahun 506 H/1110 dan wafat di Marrakech sekarang di kenali
sebagai Kota Merah Putih di Maroco pada tahun 1185 pada umur (79-80). Nama
lengkapnya adalah Abu Bakar Muhammad bin Abdul al- Malik ibn Muhammad ibn
Tufail al Qaisi dinisbahkan kepada qobilah Qais Andalusi ( Arab: أبو بكر محمد بن عبد الملك بن محمد بن طفيل القيسي الأندلسي ). Kemudian masyhur
panggilan Ibnu Tufail dalam bahasa Latin
popular dengan sebutan Abubacer.
Pada tahun 578 hijrah/1182 masihi, Ibnu tufail yang ketika itu
usianya telah lanjut dan beliau menggantikan kedudukannya oleh ibnu Rusyd sebagai
doktor peribadi pada pemerintahannya. Ibnu tufail meninggal dunia pada tahun
581 hijrah/1185 masihi di magribi, dan sultan berkenan menghadirkan diri pada
hari pengebumian beliau. Ibnu Tufail pernah menjadi doktor di Granada, kemudian
menjadi setiausaha gabenor daerah. Pada tahun 594 hijrah/1154 masihi, beliau
menjadi setiausaha gabenor, kepada putera
Abdul Mukmin yang juga pengasas dinasti al-muwahidun (AlMohad). Dan
akhirnya dilantik sebagai doktor kerajaan oleh perintah al-muwahidun ketika
itu, sultan Abu yaqub yusuf (558-580 hijrah /1163-1184 masihi).
2.1.1 Kerjaya Ibnu Tufail
Kecintaan Ibnu Tufail kepada
buku-buku dan ilmu pengetahuan mengalahkan cintanya kepada manusia lain. Hal
ini menjadikan beliau seorang ilmuan dalam pelbagai bidang seperti doktor,
penulis, ahli falsafah islam, ahli hokum dan ahli matematik. Beliau mendalami
ilmu kedoktoran dan falsafah di Seville dan Gordova. Karier Ibnu Tufail bermula
sebagai doktor praktikal di Granada. Disebutkan beliau adalah salah seorang
doktor yang masyur, ahli matematik dan penyair di kota Granada. Ketekunan dan
kesungguhan beliau telah mengangkatnya menjadi doktor peribadi Gubernur dan
Setiausaha peribadinya untuk 2 wilayah iaitu Sabtah dan Thaniah.
Seterusnya beliau menjadi doktor peribadi Abu Yusuf Ya’qub Al-Mansur Ibnu Abd
Mu’min, Sultan Morocco kedua dari Dinasti Muwahhidun الموحدون(558H/
1163M-580H/ 1184M) .
Pada zaman khalifah Abu Yusuf Ya’qub. Ibnu Tufail mempunyai pengaruh yang besar
dalam pemerintahan. Di samping itu, beliau merupakan seorang menteri yang baik,
tidak pernah kenal erti tamak atau masuk dalam dunia konspirasi yang telah
menjadi kebiasaan dalam kehidupan pemimpin. Khalifah Abu Yusuf Ya’qub mencintai
ilmu pengetahuan dan secara khusus adalah peminat falsafah serta memberi
kebebasan berfalsafah. Disebabkan itu, menjadikan pemerintahannya sebagai
permulaan pemikiran falsafah dan menurut Sepanyol, seperti dikatakan
R.Briffault sebagai “tempat kelahiran kembali negeri Eropah”.
Kemudian Ibnu Tufail mengundurkan dirinya dari jabatan beliau sebagai doktor
pemerintah pada tahun 578H/ 1182M, kerana usianya yang sudah uzur. Kedudukannya
itu digantikan oleh Ibnu Rushd atas permintaan Ibnu Tufail. Beliau amat percaya
kepada Ibnu Rushd, muridnya. Diceritakan, “Suatu hari Ibnu Tufail memanggil
saya dan memberitahu saya,” kata Ibnu Rushd dalam buku catatannya. Ibnu Tufail
memintanya untuk menggantikan kedudukannya. “Saya yakin kamu boleh kerana saya
tahu kemampuan kamu” kata Ibnu Tufail. Disebabkan itu, beliau meminta Ibnu
Rushd untuk menggantikan kedudukannya. Namun begitu, Ibnu Tufail tetap mendapat
penghargaan dari Abu Yusuf Ya’qub dan beliau sendiri hadir dalam upacara
pemakaman Ibnu Tufail pada 581H.
3.1
KARYA-KARYA IBNU TUFAIL
Ibnu Tufail adalah seorang
doktor, ahli falsafah,ahli matematik, penulis dan penyair yang terkenal dari
Muwaddin Sepanyol tetapi karya-karyanya yang banyak telah hilang di saat
terjadi kekacauan dan peperangan di Maghribi dan hanya sedikit sekali yang
dikenali orang.
Sebenarnya Ibnu Tufail lebih menggemari merenung daripada kecenderungan untuk
menulis, disebabkan itu tidak hairan jika hasil karyanya sedikit untuk generasi
berikutnya. Namun beberapa buku biografi menyebutkan bahawa ia sempat menulis
sejumlah buku dalam beberapa bidang iaitu, falsafah, fizik, kejiwaan dan
kedoktoran. Diriwayatkann Abdul Wahid Al-Marakasy, Ibnu Tufail telah
meriwayatkan buku yang banyak yang telah dibaris dengan tangannya sendiri dalam
falsafah, ilmu jiwa dan banyak dari syair-syair. Miguel
Casiri(1122H/1710M-1205H/1790M) menyebutkan 2 karya yang masih ada, iaitu :
Risalah Hayy Ibnu Yaqzan dan Naskhah Asrar Al-Hikmah Al-Mashriqiyyah.
Menurut
Ibnu Khatib terdapat 2 buku dalam bidang perubatan yang dikatakan merupakan
karya Ibnu Tufail, yang ditulis dua orang muridnya yang dipersembahkan kepada
Ibnu Tufail, iaitu karya Al-Batruji berjudul Kitab Al-Hai’ah dan karya Ibnu
Rushd berjudul Fi Al-Buqa’Al-Maskunah wa Al-Ghair Al-Maskunah (في البقع المسكونة والغير مسكونة) Ibnu Abi Ushaibia’ah ketika
membahas tentang latar belakang Ibnu Rushd bahawa beliau menyebutkan nama
kitab karya Ibnu Tufail adalah Fi Al-Buqa’ Al-Maskunah wa Al-Ghair Al-Maskunah,
Ibnu Rushd juga berkata dalam bukunya Ilahiyyat( Teologi) buku ke-12, bahawa
Ibnu Tufail memiliki pemikiran yang sangat hebat tentang kejadian-kejadian
baik internal mahupun external.
Abu Ishak Al-Batruji dalam salah satu risalahnya tentang ilmu falak menyebutkan
bahawa Ibnu Tufail mempunyai pandangan tentang ilmu falak yang sangat sesuai
untuk mengatasi permasalahan dan memahami pandangan-pandangan Batlimus tentang
falak.
3.1.1 Falsafah
Hayy Ibnu Yaqzan
Buku falsafahnya (Hayy Ibnu Yaqzan) yang ditulisnya diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin, Philosophus Autodidactus, pertama kali beredar di Barat tahun 1671. Buku tersebut dialihkan bahasakan oleh Edward Pocoke. Terjemahan bahasa Inggerisnya pertama kali ditulis oleh Simon Ockley dan diterbitkan pada tahun 1708. Novelnya diterjemahkan ke dalam bahasa Latindan Inggeris. Novel terjemahan itu kemudian mengaspirasikan Daniel Defoe untuk menulis Robinson Crusoe, yang juga menceritakan gurun pasir dan novel pertama dalam bahasa Inggeris. Novel ini juga terinspirasi dari konsep Tabula Rasa(fitrah-red) yang dikembangkan dalam An Essay mengenai Human Understanding (1690) oleh John Locke, seorang mahasiswa Pococke.
Hayy Ibnu Yaqzan (Hidup Anak Kesadaran), di Barat dikenali sebagai Philosophus Autodidactus telah menorehkan tinta emas di atas lembaran sejarah sebagai salah satu karya paling berharga yang pernah ada dalam bidang falsafah.Penulisan Ibnu Tufail yang menakjubkan diri ini juga disebut menjadi lambing diri beliau iaitu “Oriental Wisdom”. Buku ini diinspirasikan oleh Ibnu Sina (Avicennism) dan Suffism menyebutkan beberapa karangan Ibnu Tufail yang berkait tentang falsafah fizik, falsafah metafizik, kejiwaan dan sebagainya.Tetapi hanya karya Hayy Ibnu Yaqzan yang sampai kepada masyarakat kini.
Sebenarnya judul buku falsafah ini sangat panjang iaitu Hayyu Ibnu Yaqzan Fi Asraril Hikmah Al-Masyriqiyyah, Istakhlasha-Min Durari Jawahiri Al-Fadhilur- Ra’is Abi’ Ali Ibnu Sina Al-Imam Al-Failasuf Al-Kamil Al-‘Arif Abi Jaafar Muhammad bin Tufail.
Dikatakan risalah Hayy Ibnu Yaqzan ditulis atas permintaan salah seorang kawan Ibnu Tufail untuk menjelaskan falsafah timur, seperti yang disebut pada kata pengantarnya sebagai berikut :
“Wahai saudara yang mulia engkau minta agar aku mungkin dapat membuka rahsia-rahsia falsafah timur yang lepas oleh Abu ‘Ali Ibnu Sina. Ketahuilah bahawa orang-orang yang mengingkari kebenaran yang tak berisi keraguan lagi, maka ia harus mencari falsafah itu dan berusaha memilikinya”
(Edward : 1903)
Ibnu Tufail memulakan cerita HayyIbnu Yaqzan dengan menghubungkan kaitkan 2 saingan cerita asalnya, iaitu menandakan saingan yang saintifik dan cerita keagamaan yang semulajadi serta asal kehidupan manusia. Sebenarnya semua pemikiran Ibnu Tufail tercatat dalam Hayy Ibnu Yaqzan. Tujuan penulisan beliau adalah untuk melihat kebenaran (Al-Haqq) menurut cara yang telah dilalui oleh para Al-Zauq dan Musyahadah yang telah mencapai tingkat kewalian. Selain itu, untuk membangkitkan minat atau sebagai galakan agar manusia bersedia menempuh jalan itu. Ibnu Tufail bnyk terpengaruh dengan falsafah Plato dalam mengarang buku ini. Ditulis pemikiran-pemikiran beliau dalam bentuk novel alegori yang mengaitkan gabungan falsafah antara akal dan agama dalam pencarian kebenaran yang hakiki.
Cerita Tentang Hayy Ibnu Yaqzan “anak alam”
Novel ini mengisahkan dua jenis kehidupan manusia di dua pulau, iaitu kehidupan
individu manusia dan kehidupan masyarakat manusia. Kedua-dua kehidupan tersebut
mempunyai perbezaan dari sudut pemikiran dan ma’rifah masing-masing.Terdapat
tujuh fasa yang telah dijelaskan di dalam novel Hayy Ibnu Yaqzan, iaitu :
a) Hayy
dijaga dan dibesarkan oleh seekor rusa betina (gazelle) sehingga
dapat mengetahui tingkah laku dan bahasa binatang di sekelilingnya. Dia mula
melihat perbezaan di antara dirinya dengan bintang-binatang lain dan mula
menutupi tubuhnya dengan daun dan bulu. Bahkan dia menyimpan makanan sebagai
persiapan.
b) Rusa
yang memelihara Hayy mati. Dia berusaha untuk mengetahui penyebab
kematian rusa ini dan binatang-binatang lain. Hasil penyelidikannya,
beliau menemukan bahawa jantung yang berhenti menandakan berakhirnya kehidupan
seseorang manusia itu. Hayy mula mengetahui jiwa merupakan penggerak bagi
jasad.
c) Hayy mengetahui kewujudan api, kegunaan dan sumbernya.
Beliau merasakan api dapat memberikan penerangan dan membangkitkan kepanasan.
d) Hayy
mengetahui kesatuan dan keberagamaan pada jasad dan jiwa. Pada tahap ini
pemikirannya sampai kepada pengakuan Tuhan dan mula mempercayainya.
e) Hayy
merenung ke langit dan memerhatikan benda-benda yang terdapat di langit.
Berdasarkan penelitiannya ia dapat mengetahui astronomi. Namun yang lebih
penting lagi dengan melihat ketertiban serta pergerakan dan perubahannya, ia
memikirkan
kesamaan dengan bumi atau makhluk
bumi dan menyimpulkan adanya penggerak tertentu yang sama untuk semuanya iaitu
Tuhan (The Perfect One).
f) Hayy
mencari pancaindera yang terdapat dalam dirinya dan beliau menemukan apa itu
akal (reason), roh (spirit) dan jiwa (soul).
Beliau hidup dengan kerendahan rohani sambil merenung tentang segala ciptaan
sebagai teofani (tajalliyat) Sang Wajibul Wujud (The
necessary being).
g) Hayy
berjumpa dengan Asal, seorang ahli ibadah yang hidup secara zuhud dan beliau
telah belajar tentang kehidupan agama Islam. Sejak itu, Hayy sudah memasuki ke
bidang agama dan peradaban. Pada mulanya kedua-dua mempunyai pemikiran yang
berbeza dan akhirnya mempunyai kesimpulan yang sama. Asal membawa Hayy kepada
kaumnya dan memperingatkan kaumnya supaya merenungi tanda-tanda kekuasaan Sang
Pencipta, dan telah berlaku perselisihan diantara Asal dan kaumnya termasuk
Hayy.
h) Kesimpulannya
Hayy mengetahui yang Tuhan itu hebat, bijaksana, sempurna dan menjadi petunjuk
setiap manusia. Beliau melihat bahawa kebahagiaan dapat dicapai apabila
seseorang sentiasa berhubung dengan Tuhan dan mengingati Tuhan dari perkara-perkara
duniawi.
Jika dilihat, maka didapati tiga
hal dalam kisah antara Hayy dan Asal yang mereka menjadi lambing tiga
hidup yang berlainan :-
a) Hayy
Ibnu Yaqzan sebagai lambing kekuatan akal dalam mencapai suatu kesimpulan atas
keyakinan kepada Tuhan dengan memikirkan alam dengan isinya serta dirinya
sendiri sehingga sampai keyakinan kepada Tuhan.
b) Ketokohan
Asal sebagai tokoh agama yang memikirkan wahyu sebagai kebenaran, dan sampai
kepada keyakinan kepada Tuhan. Disini dapat dilihat kesesuaian di antara
falsafah dan agama.
c) Keadaan
di sekeliling sebagai fakta kehidupan.
Akhir cerita, Hayy bertemu dengan
hakikat utama yang dicarinya. Berdasarkan buku ini Barat menetapkan Ibnu Tufail
sebagai pelopor konsep Autodidactism dan konsep Tabula
rasa. Falsafah yang terdapat dalam buku ini dapat dijumpai pada
karya-karya Thomas Hobbes, John Locke, Isaac Newton dan Immanuel Kant dalam
pelbagai variasi.
4.1
PEMIKIRAN IBNU TUFAIL
4.1.1 Falsafah
dan Agama
Menurut Ibnu Tufail falsafah dan agama adalah
selaras, bahkan merupakan gambaran dari hakikat yang satu. Ibnu Tufail
menyedari terdapat perbezaan tahap akal antara sesame manusia melalui gambaran
tokoh-tokoh dalam falsafah tersebut. Disebabkan itu, beliau menganggap tidak
semua sampai kepada Wajib al-Wujud dengan jalan berfalsafah seperti yang
ditempuh Hayy. Asal, Salaman dan masyarakat lain tidak mungkin dapat
mengenali Al-Haq, kerana keterbatasan akal mereka. Oleh itu, terdapat seorang
penolong iaitu adanya nubuwwah yang berfungsi menjelaskan sesuatu sesuai dengan
kadar akal manusia. Asal mempunyai akal yang lebih tinggi berbanding akal
Salaman dan masyarakat awam. Disebabkan itu ia memahami syari’at dan menerima
pengalaman-pengalaman Hayy.
Huraian menunjukkan keberhasilan Ibnu Tufail dalam pelbagai pemikiran yang
berkembang di masanya dalam satu karya, Hayy Ibnu Yaqzan. Ibnu Tufail juga
menggambarkan bahawa dengan akal “khusus” setelah melalui pemikiran dapat
mengetahui kebenaran yang tertinggi iaitu Allah, sama seperti yang dijelaskan
di dalam wahyu. Oleh itu, wahyu amat diperlukan untuk memberi bimbingan kepada
akal yang tidak dapat mencapai tahap khusus, juga sebagai petunjuk pelaksanaan
ibadah. Namun
begitu, Ibnu Tufail tidak menerima sarangan itu bulat-bulat melainkan selepas
dibahaskan secara kritis. Selain itu beliau seorang yang berpegang kepada logik
dalam mengungkap realiti alam dan kehidupan manusia.
4.1.2
Epistimologi
Ibnu Tufail menunjukkan dua jalan untuk sampai
kepada objek pengetahuan yang Maha Tinggi atau Tuhan. Jalan pertama ialah
wahyu, seperti yang dialami Asal, dan jalan kedua adalah falsafah seperti yang
dilakukan Hayy, jalan pertama lebih pendek dari jalan kedua.
Dari kesimpulan cerita dapat digambarkan bahawa ma’rifah (pengetahuan) melalui
akal ditempuh dengan jalan keterbukaan, peneliti, pencarian, generalisasi dan
menyimpulkan. Oleh itu, ma’rifah merupakan sesuatu yang dilatih bermula
dari yang konkrit kepada yang abstrak, dari yang khusus kepada yang
global. Seterusnya dilanjutkan dengan pemerhatian yang berterusan. Ibnu Tufail
juga menjelaskan proses fungsinya, apa yang ditangkap oleh pancaindera
disampaikan ke otak, kemudian otak mengolahnya dan mengembalikannya ke seluruh
badan melalui saraf yang sama.
4.1.3 Kosmologi
Cahaya
Ibnu Tufail menerima prinsip dari satu tidak
ada lagi apa-apa kecuali satu itu. Manifesto kemajmukan kewujudan dari yang
dijelaskan dalam gaya Neo-Platonik yang melihat sebagai tahap-tahap berurutan
pemancaran yang berasal dari cahaya Tuhan. Proses itu pada prinsipnya sama
dengan refleksi terus cahaya matahari ke cermin.
4.1.4
Jiwa
Ibnu Tufail berkaitan dengan konsep tentang
jiwa pada asalnya selaras dengan konsep Al-Farabi. Terdapat tiga kategori jiwa
iaitu pertama jiwa Fadhilah iaitu yang kekal dalam kebahagiaan kerana mengenali
Tuhan dan menumpukan perhatian dan renungan kepadaNya, jiwa ini ditempatkan di
syurga. Kedua, jiwa Fasiqah iaitu jiwa yang kekal dalam kesengsaraan dan
tempatnya di neraka, kerana pada asalnya jiwa ini mengenal Allah tetapi telah
meninggalkannya dan melupakanNya dengan melakukan maksiat. Ketiga, jiwa
Jahiliyyah iaitu jiwa yang musnah kerana tidak pernah mengenal Allah.
RUJUKAN
Ghallab, Muhammad, Al Ma’rifah Inda Mufakkiri al Muslimin, Kairo:
al Daar al Mishriyah, t.t.
Thufail Ibnu,2006, Hayy Ibn
Yaqzhan Roman Filsafat tentang Perjumpaan Nalar dengan Tuhan. ter. Dahyal
Afkal, Bekasi.
Majid Fakhry. 1997. Islamic
Philosophy Theology and Mysticism. United States of America:
One World Publication
Sami S. Hawi. 1974. Islamic
Naturalism and Mysticism. Belgium: E. J. Brill
Seyyed Hossien Nasr & Oliver
Leaman. 1996. History of Islamic Philosophy (Part I).
London : Routledge
فروخ.
1946م. ابن طفيل. الملتزم : مكتبة منيمنه, شارع المعارض, بيروت.
زكريا
بشير امام. 1998م. تاريخ الفلسفة الاسلامية. سدان: الدار السدانية
للكتب
http://en.wikipedia.org/wiki/Hayy ibn Yaqdzan
Wikipedia, ensiklopedia bebas.Ibn Tufayl
