Thursday, November 28, 2013
Sinar Cahaya Ayat Kursi~
Dlm sebuah
hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.
Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di
rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab
itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban
salam daripada isterinya.
Hikmah Ayat Al-Kursi mengikut
Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring
di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap
sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang
yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap
sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang
siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumahjirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang
fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang ygbersyukur,setiap
perbuatan orang yg benar,pahalanabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar
rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang
Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.,
Rasulullah S.A.W.bersabda,"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat"…
Aku Tinggalkan Cinta Kerana Allah
Wahai teman-teman sekalian,
Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa
dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh
apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada
saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya
khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa
saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya
sendiri untuk hari-hari kemudian.
Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan
disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh
hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk
dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping
hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh
mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting
wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak
dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk
itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa
syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah
orangnya.
Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian
tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari.
Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali
wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah
belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan
saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita
kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki
berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk
memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir
beberapa kali.
Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk
mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar.
Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah
perkenalan kami bermula.
Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa
mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya.
Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia
amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun
dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman
dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya
amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara
ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia
sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan
maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali
dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-
panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa
punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi
dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya,
itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan
orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata
walau sepatah.
Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang
perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua
itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu
siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya
bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping
saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan
respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih
dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang
boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok
semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah
lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan
rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak
pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu
daripadanya.
Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan
menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut.
Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan
lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.
Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah
yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-
mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan
kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.
Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas,
ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa
suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi
akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.
Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu
perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya
sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan
saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat
saya tak mampu membalas walau sepatah.
"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing
right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is
permitted. But I know there's no relationship between male and
female except for what is very important and official between them.
So, may I know what kind of relationship you are having now and I
want to hear it from your mouth that it is legal in what you have
been learning until now."
"Not a single phrase, nor a word."
"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you
can never build it on what Allah has stated as wrong and proven
false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and
blessed family come from Allah, and you don't even have anything to
defend it as blessed if the first step you make is by stepping into
what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah
doesn't help you so, and you must know in every family that stands
until their dying day, they have Allah on their side. You can't
expect Him to help you if you did the wrong step from the very
beginning."
Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu
kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan
kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang
dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia.
Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam
lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali
selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya
pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada
satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama
dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu
untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan
saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.
Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah
tells you so."
Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan
itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat
faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti
mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta
maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan
saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada
jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan
yang jauh lebih baik dari sekarang.
Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan
hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap
kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh
perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami
muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala
kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali
cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah
yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami
insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah
sudi maafkan kami.
Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu
melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu
yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.
Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah
berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup
saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri
telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana
mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir
dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan
umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan
kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati
saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan
berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.
"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia
sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita
tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang
seumpamanya."
Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara
lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s
dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?
Jordan.
_________________
keredhaan -MU ku pohonkan dlm meniti perjalanan hidupku..insyallah..
lelaki idaman saya...;-)
Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan
Allah
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat
jembalang
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat
Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya
Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan
Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya

Mana Satu Pilihan Hati~
Mana Satu Pilihan Hati
Cerita ini ana ambil dari
sebuah laman web islam yang popular.Semoga kita semua mendapat manfaat yang
dapat dikongsi bersama.Segala yang baik dari ALLAH s.w.t apa yang silap dari
pihak ana.
Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”
Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.
“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.
“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas memandang saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”
Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung “Cinta di dalam
jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung
lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan
berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu
fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit
cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap
manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali
lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya
tunduk malu, cuba
menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
Secret Admire
“Kakak, mak dulu masa besar ada
secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta
sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak
takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak
orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak
tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia
jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia
menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada
emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung..

Mak membawa imej agama.
Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji..
Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul
menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan
mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan.
Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi
nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah
jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti
kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam
perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah
juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh
ketika berjuang di sekolah dulu.
“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedangcuba
memahami maksud mak saya.
“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang
Adakah ia suatu diskriminasi?
“Kakak.. Jatuh cinta perkara
biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu
keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di
atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan
seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple
mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita,
jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita
paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah
emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi
hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu
sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan
milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.Cuba
kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya
dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan
lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita
dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia
masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia
halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti
yang awalnya.” emak berhenti seketika..
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.
Bukan luar biasa
Tentu kering tekak emak
menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak
faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu
jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri
yang curang, suami yang curang.. Ada
orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena
perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu
kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita
berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia.
Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan
sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita
membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang
kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”
“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”

Redha
“Kakak.. Walau siapapun jodoh
yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak
mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi
hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada
dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan
kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si
lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu
mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu
kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada
kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah
dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun.
Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan
memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari
belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak
sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya
dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.
Dangers Of Smoking..
Dangers Of Smoking
Almost everybody knows that smoking is bad for the
health. Images of blackened lungs line school hallways and hospital waiting
rooms, but despite this people continue to take up smoking. This may have to do
with the pervasive romantic image of smoking- an image that has nothing in
common reality.
There
are many ways to take tobacco. You can chew it, inhale it through the nose, and
smoke it in the form of cigars or cigarettes. No matter how it's taken it is
dangerous, but because smoking is the most popular way to consume tobacco it
has also received the greatest attention from the medical field and the media.
When a
smoker inhales a puff of cigarette smoke the large surface area of the lungs
allows nicotine to pass into the blood stream almost immediately. It is this
nicotine "hit" that smokers crave, but there is a lot more to smoke
than just nicotine. In fact, there are more than 4000 chemical substances that
make up cigarette smoke and many of them are toxic.
Cigarette
smoke is composed of 43 carcinogenic substances and more than 400 other toxins
that can also be found in wood varnish, nail polish remover, and rat poison.
All of these substances accumulate in the body and can cause serious problems
to the heart and lungs.
Cancer
is the most common disease associated with smoking. Smoking is the cause of 90%
of lung cancer cases and is related to 30% of all cancer fatalities. Other
smoking-related cancers include cancers of the mouth, pancreas, urinary
bladder, kidney, stomach, esophagus, and larynx.
Besides
cancer, smoking is also related to several other diseases of the lungs.
Emphysema and bronchitis can be fatal and 75% of all deaths from these diseases
are linked to smoking.
Smokers
have shorter lives than non-smokers. On average, smoking takes 15 years off
your life span. This can be explained by the high rate of exposure to toxic
substances which are found in cigarette smoke.
Smokers
also put others at risk. The dangers of breathing in second-hand smoke are well
known. Smokers harm their loved ones by exposing them to the smoke they exhale.
All sorts of health problems are related to breathing in second-hand smoke.
Children are especially susceptible to the dangers of second-hand smoke because
their internal organs are still developing. Children exposed to second-hand
smoke are more vulnerable to asthma, sudden infant death syndrome, bronchitis,
pneumonia, and ear infections.
Smoking
can also be dangerous for unborn children. Mothers who smoke are more likely to
suffer from miscarriages, bleeding and nausea, and babies of smoking mothers
have reduced birth weights or may be premature. These babies are more
susceptible to sudden infant death syndrome and may also have lifelong health
complications due to chest infections and asthma.
It is
never too late to give up smoking, even those who have smoked for 20 years or
more can realize tremendous health benefits from giving up the habit.
Subscribe to:
Comments (Atom)